PLeasE duN SToP Da MuSic


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

12 EKOR MUSANG DI PIZZA HUT...!!!

Melaka, 4 Februari - 12 ekor musang yang kelaparan telah ditemui di Pizza Hut Jalan Hang Tuah, Melaka semalam. Musang2 itu dipercayai terlepas dari 'zoo' yang terletak di Jalan Durian Daun... dengan menunggang 3 ekor Kancil bernombor siri MAX, PGK dan WSM, kedua belas-dua belas musang itu dipercayai tiba di perkarangan Restoran Pizza Hut pada jam lebih kurang 4 petang waktu tempatan.



Menurut pemilik restoran tersebut, mereka agak terkejut dan kaget dengan kehadiran musang-musang berkenaan yang menyerbu masuk & membuat onar di dalam premis itu.. menurut pemilik itu lagi, mereka amat bersyukur kerana pada waktu itu tidak begitu ramai pelanggan yang berada di dalam restoran.. jika tidak, pasti mereka akan menutup muka kerana malu dengan kerenah yang pelbagai yang ditunjukkan oleh kesemua musang tadi...



Setelah membelek buku2 menu yang disediakan oleh pihak restoran, barulah musang2 ini mengambil keputusan untuk memesan makanan...sungguh kecoh restoran itu... suasana yang pada mulanya sunyi sepi & aman damai bertukar menjadi hingar-bingar & tunggang langgang... apa yang menariknya, kesemua musang2 ini tidak langsung menghiraukan keadaan sekeliling & berlagak seolah-olah mereka sedang berada di 'zoo' mereka sendiri.. keadaan restoran yang mempunyai pencahayaan yang agak baik juga menjadi punca utama mengapa musang2 ini tidak boleh duduk diam.. bunyi 'klik' sentiasa kedengaran di sana sini, sambil musang2 ini membuat aksi2 yang jarang diperlihatkan di tempat lain...



setelah makanan yang diminta sampai, barulah kesemua musang2 ini duduk diam kerana mulut yang tadinya melopong telah diisi dengan pizza2 & sup... namun fenomena ajaib ini bertahan hanya seketika... hanya selang beberapa minit, musang2 ini kembali agresif...



tidak cukup dengan makanan yang diorder... salah seekor musang dengan rela hati menawarkan diri untuk memesan menu yang lain untuk dibaham bersama...sungguh kaya musang tersebut... :P




setelah agak lama berada di situ, 2 ekor musang pun bangun lalu ke kaunter pembayaran..
musang yang ditugaskan memegang tabung tertelan air liurnya apabila diberikan bil.. dengan tangan & kakinya terketar-ketar, wang dikeluarkan dari tabung... sambil mencongak nombor2 di kepala, akhirnya senyum juga musang itu... rupa-rupanya, musang itu konpius & terlupa untuk mengira semula.. akhirnya, Ibu Musang pun membuat keputusan supaya musang td mengutip RM6 seekor untuk menampung wang tabungan yang telah dikeluarkan tadi...mereka sangat bernasib baik kerana musang membawa kesemua tabungan mereka.. kalu tidak, terpaksalah musang2 ini menggadai bulu2 & misai mereka...



setelah perut musang2 itu memboroi, mereka lari bertempiaran keluar dari restoran itu kembali ke 'zoo' mereka... pemilik restoran Pizza Hut itu seraya menarik nafas lega....

2 comments:

MU01 said...

mmg MUSANG pon~~~~
dharap MU02, MU03, MU06 bersabar~~~
jgn gelojoh~~~~~huhu~~

paraballerz23 said...

ahaha...!!!
name pon musang... :P

Post a Comment