PLeasE duN SToP Da MuSic


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

AKU MENULIS LAGI.....

..........................................................................................................................................................................

JubLi InTan...
30-31 Januari 2010...
genap 75 tahun IPG ini ditubuhkan...
dibangunkan untuk memperjuangkan ilmu..
mendidik pelatih2nya untuk menjadi guru yang cemerlang....
gemilang...terbilang...

sebagai salah seorang guru pelatih di IPG KPM ini, aku juga bertanggungjawab untuk bersama-sama rakan yang lain untuk meraikan hari bersejarah ini...
walau banyak dugaan telah kuhadapi..
pelbagai cabaran & rintangan aku tempuhi...
pahit manis kenangan yang ku kumpul di sini..
semuanya bakal menjadi memori..
inilah saat untuk aku kumpul pengalaman dengan melibatkan diri dalam majlis seperti ini..

moga pengalaman ini menjadi kenangan yang sangat berharga 1 hari nanti..
semoga kenangan yang penuh warna ini lah yang membuatkan perjalanan hidupku di sini lebih bermakna..
juga lebih mematangkan diri..
sebagai persiapan untukku melangkah ke alam yang bakal aku tempuhi nanti..

kali ini, seperti biasa..
selaku pengerusi kelab kebudayaan IPG KPM (wujud mcm x wujud je) ni, aku ditugaskan untuk membuat persiapan untuk dipersembahkan pada Malam Nostalgia 30 Januari 2010 di Seri Negeri, Melaka..
seronok...penat...rungsing...excited....sume ade!!!
macam2 yg aku rase dlm Januari ni...
mcm2 jugak telah aku pelajari drpd pengalaman aku sepanjang penglibatan ni...
mungkin ni kali terakhir aku libatkan diri...
terutama dalam kegiatan seni...
sape tahu kan?
kot2 esok lusa tiba2 je aku beralih arah..
walaupun hati aku x mungkin membenarkannya..
biarlah masa yang menentukan...

puas hati yang teramat...
bila apa yang kita usahakan membuahkan hasil..
apabila org lain menghargai apa yang kita usahakan..
tapi x kurang juga ada yang sinis pada kami..
biarlah...
dah bertahun-tahun aku berkecimpung dalam dunia seni...
aku dah lali..
x heran pon kene 'basuh' or 'sinis' camtu lagi...
aku positifkan diri...
aku faham..
hanya orang seni yang faham apa itu seni....
noktah....!!!

that's the fact...
seni itu abstract...
jgn caci or kritik tanpa cuba memahami apa yang tersirat dalam unsur seni tu sendiri...
jangan hanya hidup berpandu pada pendapat diri sendiri semata...
pertimbangkan juga pendapat orang lain....
seni tu hak semua orang...
bukan kita je...

whateva pun, aku bersyukur sebab masih diberi peluang untuk timba pengalaman ni..
kini aku lebih yakin pada diri..
semua yang berlaku memberi ku kekuatan...
aku semakin matang menghadapi cabaran yang bakal ku hadapi kelak...

akhir kata...
tahniah IPG KPM...
75 tahun telah berjaya melahirkan guru yang berkualiti...
mencorakkan personaliti guru pelbagai warna...
semoga tetap utuh di persada dunia...


................................................................................................................................................

ACARA2 YANG TELAH DIJALANKAN


MAJLIS MAKAN MALAM NOSTALGIA

Tugas : Persembahan 1 - Overture Dia Datang
Persembahan 2 - Zapin Tingkang Talu

dari kiri (belakang) : lisa, dilla(me), ain, amal
dari kiri (depan) : izati, ita.afiqah & hajar

venue : Dewan Seri Negeri, Melaka


MAJLIS PERASMIAN JUBLI INTAN & PELANCARAN BUKU INTROSPEKSI

Tugas : Acara Pelancaran Buku

dari kiri : izati, dilla(me) & lisa
venue : Dewan Srikandi, IPG KPM

0 comments:

Post a Comment